PERMOHONAN BANTUAN SURI RUMAH GOLONGAN B40 RM480


Mohon bantuan bagi Wanita/Suri Rumah dan terima insentif RM480 Setahun.Kepada golongan Wanita/Suri Rumah, kini anda boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri.

Tujuan i-Suri adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Banyak faedah yang terdapat di dalam i-Suri KWSP.

Berikut adalah faedah yang terdapat di bawah i-Suri antaranya ialah:

Kepada golongan suri rumah akan menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain itu, bantuan kematian juga disediakan di dalam insentif i-Suri yang berjumlah sebanyak RM2500.

Untuk membuat pendaftaran i-Suri KWSP, anda boleh memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak KWSP.

PANDUAN DAFTAR I-SURI KWSP

Untuk mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran dengan pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda dan membawa borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan berikut:

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDAFTAR I-SURI
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR/Wanita) (KIR)
  • Belum mencapai 60 tahun
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENCARUM?
  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak
MAKLUMAT TAMBAHAN: Kepada suri rumah, anda hanya boleh memilih satu insentif sahaja dalam satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), hendaklah dibatalkan dahulu sebelum membuat permohonan bagi i-Suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

  • Insentif daripada kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan kematian berjumlah RM2500

Insentif daripada kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang sudah
ditetapkan seperti berikut:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB, dan BSN)
  • Pindaan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
MAKLUMAT TAMBAHAN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat
tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala untuk separuh tahun bagi tempoh pertama
(bulan Januari sehingga Bulan Jun) dan separuh tahun bagi tempoh kedua (bulan Julai
sehingga bulan Disember) bagi untuk setiap tahun.

Wang simpanan akan terus dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerima bayaran
daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan\
dan Akaun 2)


Post a Comment

0 Comments