Bantuan e-Wallet RM150

Pada pembentangan bajet 2022, 29 Okteber 2022 yang lalu, Menteri kewangan malaysia YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz telah membentangkan beberapa plan strategik untuk kesejahteraan golongan belia.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program itu akan memberi manfaat kepada lebih 2 juta belia dengan peruntukan bernilai RM300 juta.

BELIA berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Program e-START ini adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Kelayakan 
  • Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mencapai umur 18-20 Tahun pada tahun 2022
PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Untuk lebih lanjut sila layari laman web KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

Post a Comment

0 Comments