Info Semasa
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (sekiranya berkenaan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Surat pengesahan/akuan sumpah tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
- Slip gaji terkini (bagi tempoh 3 bulan)/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua/surat akuan sumpah pendapatan.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Borang laporan tapak bergambar.
PERMOHONAN
- Permohonan boleh dilakukan secara online dan secara manual, untuk permohonan secara online anda hendaklah membuka laman web SPNB di PERMOHONAN (RMR)
- Permohonan secara manual anda dikehendaki hadir ke cawangan SPNB, anda boleh mendapatkan borang pemohonan dan perlu untuk dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dengan dokumen sokongan dilengkapkan.
Post a Comment
0 Comments