Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM350

 

Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Tengku Zafrul baru-baru ini telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang memperuntukan 8.3 billion kepada 4.8 juta golongan bujang yang berpendapatan dibawah rm2500.00 dan kebawah.


Bayaran sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.

PERMOHONAN

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Untuk lebih lanjut sila layari laman sesawang KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA  

Post a Comment

0 Comments