Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Pakej PEMULIH telah disediakan oleh pihak
kerajaan bagi membantu rakyat terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah
dan pekerja sektor tidak formal.
Selain daripada itu, kerajaan juga akan membantu golongan yang sedang
mencari pekerjaan dengan memperluasakn Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada
bukan pencarum PERKESO. inisiatif ini bakal membuka peluang kepada 30,000
orang untuk mengikutinya dan jaminan pekerjaan.Pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pula akan menambah baik
program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20,000 pencari
pekerja dalam ekonomi gig.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun mencari Pekerjaan PERKESO
dan cara membuat permohonan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Umum :
● Golongan yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi oleh Sistem
Insurans Pekerjaan (PERKESO).
● Golongan yang menganggur.
● Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui
portal MyFutureJobs.
● Menghadiri temuduga PERKESO.
Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu :
● Mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat
dibantu dan dipantau oleh PERKESO.
● Menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada
secara fizikal atau dalam talian.
NILAI BANTUAN DAN INSENTIF
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat ini dan membuat pendaftaran akan
melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak
● RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan.
Sekiranya pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal
MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan kepada
mereka.
PERKESO menyasarkan seramai 229,000 pencari kerja akan mendapat manfaat
daripada bantuan ini.
TARIKH PENDAFTARAN
Pendaftaran untuk program ini akan bermula pada:
● 15 Julai 2021.
CARA PENDAFTARAN
Cara pendaftaran secara online akan
dibuka melalui laman web
PERKESO mulai
15 Julai 2021.
Bagi persoalan-soalan lazim (FAQ) untuk setiap inisiatif di bawah
PEMULIH akan dimuat naik ke laman web dan media sosial rasmi PERKESO dalam masa terdekat.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline PERKESO 1300-22-8000
atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.
SUMBER
Post a Comment
0 Comments