PRIHATIN Kasih RM300

PRIHATIN Kasih




PRIHATIN Kasih adalah salah satu pakej PEMERKASA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin pada Mac lalu untuk membantu rakyat yang terjejas oleh pendemik Covid-19.

Kerajaan telah memperuntukan RM100 juta dalam melaksanakan program PEMERKASA dan 300,000 isi rumah bakal menikmati bantuan ini.


PENGENALAN PROGRAM BANTUAN RM300 (PRIHATIN KASIH)

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli dalam program ini termasuklah makanan seperti susu bayi, beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya. Barangan-barangan ini anda boleh beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.


JUMLAH BANTUAN BARANGAN DAPUR

Bermula pada 1 Julai 2021 lepas penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan yang dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.

Melalui elaun ini, mereka boleh untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit berdekatan dengan kawasan rumah mereka.

Mereka yang layak akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh tiga bulan.

Contoh jadual pembayaran:

● Julai 2021 - RM100
● Ogos 2021 - RM100
● September 2021 - RM100
● Jumlah: RM300 

Sekiranya baki elaun bulanan tidak habis digunakan, anda boleh untuk bawa baki tersebut ke bulan berikutnya dan digunakan bersama-sama dengan elaun bulan berikutnya.

KELAYAKAN BANTUAN RM300 BARANGAN DAPUR

● Penerima PRIHATIN Kasih adalah berdasarkan dari data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudian akan disemak sekali lagi dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

● Penerima PRIHATIN Kasih akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

MOHON & SEMAK BANTUAN RM300 BARANGAN DAPUR

semakan status kelayakan boleh dilakukan secara online

Cara semak kelayakan:

● Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
● Isi nombor kad pengenalan
● Masukkan kod Captcha yang dipaparkan
● Status anda akan dimaklumkan
● Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.

TEMPOH PENGGUNAAN DANA

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Post a Comment

0 Comments