Cara Permohonan Op Bantu
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah mengumumkan Op Bantu bagi memberi bantuan segera kepada individu terputus bekalan makanan di seluruh negara. Operasi penyaluran bantuan itu dilaksanakan KDN menerusi PDRM dan RELA serta dengan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Inisiatif KDN bersama KPWKP adalah melalui Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyrakat ini adalah untuk meringankan beban golongan yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan PKP.
Op Bantu ini diketuai 157 Ketua Polis Daerah seluruh negara dimana semua IPD turut dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan bekalan makanan yang akan disalurkan kepada mereka yang bakal menerimanya.
di bawah adalah info talian WhatsApps bagi permohonan bekalan makanan.
SASARAN UTAMA
Op Bantu disasarkan kepada golongan:
● Orang Kurang Upaya (OKU)
● Ibu Tunggal
● Penerima Bantuan Baitulmal
● Penduduk yang kehilangan punca pendapatan
● Sesiapa sahaja yang terputus bekalan makanan
CARA PERMOHONAN
Permohonan Op Bantuan adalah seperti berikut:
● Mana-mana individu yang memerlukan bantuan diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
● Bagi individu yang tidak dapat hadir, mereka diminta menghubungi IPD melalui talian rasmi IPD atau melalui talian WhatsApps Khas Op Bantu.
TALIAN WHATSAPP OP BANTU
KUALA LUMPUR
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
JOHOR
KEDAH
TERENGGANU
PAHANG
KELANTAN
SABAH
PERAK
MELAKA
PERLIS
SARAWAK
PULAU PINANG
*Sumber: Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Post a Comment
0 Comments