Info Semasa
Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP
SYARAT UMUM
● Beragama Islam
● Warganegara Malaysia
● Bermastautin di Wilayah Persekutuan
tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
● Tertakluk kepada pengiraan Had
al-Kifayah
(Kira kelayakan Had al-Kifayah)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Borang permohonan
(Borang Bantuan)
2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport
(menutup aurat bagi perempuan)
3. Satu salinan kad pengenalan:
● Pemohon
● Suami
● Isteri
● Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi
anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan
Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
[ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang
tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini
suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
[ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
● *Bagi
di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan
pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan
transaksi terakhir / terkini
6. Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes
kehilangan sijil nikah.
7. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
LAIN-LAIN DOKUMEN SEKIRANYA BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN
KELUARGA BERCERAI
● Satu salinan surat perakuan cerai /
prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian
Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
AHLI KELUARGA TELAH MENINGGAL DUNIA
● Satu salinan sijil kematian ibu / bapa
/ suami / isteri.
SAUDARA BARU
● Satu salinan kad memeluk Islam.
ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
● Salinan kad orang kelainan upaya
(OKU).
PENGIDAP SAKIT KRONIK
● Surat pengesahan sakit kronik dari
hospital kerajaan sahaja.
SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI IPT
● Satu salinan pengesahan pengajian / kad
pelajar / surat tawaran belajar.
KELUARGA BERMASALAH
● Satu salinan laporan polis/ surat
penjara.
MUFLIS
● Satu salinan surat pengesahan bankrupsi
dari Syarikat Insolvensi.
KE MANA PERLU DIHANTAR PERMOHONAN
● Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen
yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter
Baitulmal MAIWP
(senarai kaunter)
SUMBER : MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Post a Comment
0 Comments