Info Semasa
SKIM BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Skim Bantuan Anak
Pelihara (BAP) bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik,
yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di
dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Serta mampu untuk
meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak
pelihara seperti anak sendiri.
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang
memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti
berikut :-
1. Kanak-kanak
berumur bawah 18 tahun;
2. Kanak-kanak yang
tidak mempunyai ibu bapa;
3. Kanak-kanak bukan
diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952
atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
4. Kanak-kanak
tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
◼Kanak-kanak yang
diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM;
atau
◼Kanak-kanak yang
dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
mengikut
Akta Kanak-Kanak 2001.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh
negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan
untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan
kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian
bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa
dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri
pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak
yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli
keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada),
dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI
Post a Comment
0 Comments