Permohonan Momatorium Automatik PEMULIH

Permohonan Momatorium Automatik PEMULIH



PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH 2021:PENANGGUHAN BAYARAN BALIK 6 BULAN

Menerusi ucapan dari Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.

APA ITU MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH

Moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.

Disamping itu tiada lagi semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Proses ini telah dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan dapat diberi bantuan yang sewajarnya dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH

Untuk makluman, tiada lagi syarat dikenakan kepada pemohon yang ingin memohon moratorium seperti:

    ●Pengurangan pendapatan.

    Semakan kehilang pekerjaan.

    Dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Ini bermakna, jika pemohon memohon, mereka akan diberikan kelulusan automatik selepas mereka menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Selain itu, kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha atau usahawan mikro dan PKS yang terjejas dan ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

CARA PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH

Setiap bank boleh dihubungi untuk memudahcara peminjam memohon moratorium automatik.

Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Pemohon juga boleh menghubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat dan info mengenai moratorium ini:

Nama Bank                                                                     No Telefon    

Affin Bank Berhad                                                          03-8230 2222

Al Rajhi Banking &
Investment Corporation (Malaysia) Berhad                   03-2332 6000

Alliance Bank Malaysia Berhad                                     03-5516 9000

AmBank (M) Berhad                                                      03-2178 8888

BNP Paribas Malaysia Berhad                                       03-2179 8361

Bank Islam Malaysia Berhad                                          03-2690 0900

Bank Muamalat Malaysia Berhad                                  03-2600 5500

CIMB Bank Berhad                                                        03 6204 7788

Citibank Berhad                                                              03-2383 0000

HSBC Bank Malaysia Berhad                                        1300 88 1388

Hong Leong Bank Berhad                                               03-7959 1888

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad                     1300 888 534

MUFG Bank (Malaysia) Berhad                                      03-2034 8000

Malayan Banking Berhad                                               1300 88 6688

MBSB Bank Berhad                                                        03-2096 3000

OCBC Bank (Malaysia) Berhad                                       03-8317 5000

Public Bank Berhad                                                         03-2179 9999

RHB Bank Berhad                                                           03-2776 3111

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad                    1300 888 888

Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Malaysia Berhad                                                              03-2176 1512

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd                            03-2616 6800

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat)                                                                 1300 800 800

Bank Pembangunan Malaysia Berhad                            03-2611 3217

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)                 1300 88 2476

Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank)                                 03-2615 2020

Bank Simpanan Nasional                                                1300 88 1900

Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)                                                                     03-2601 2000


TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH

Tarikh permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan dibuka mulai 7 Julai 2021.

SOALAN LAZIM

Kerajaan bersetuju untuk memberikan Moratorium selama 6 bulan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman bank.

Siapakah yang layak moratorium automatik PEMULIH?

Moratorium diberikan kepada semua peminjam Bank individu tidak kiralah dari golongan B40, M40 ataupun T20 dan usahawan mikro.

Adakah dikenakan syarat?

Tidak ada sebarang syarat dikenakan untuk mendapat kelulusan ini seperti penguranan pendapatan.

Adakah perlu semakan dan perlu hantar dokumen?

Selain itu tiada semakan yang akan dibuat bank serta tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan semasa membuat permohonan.

Namun. bagi pinjaman di bawah Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS), semakan akan dibuat oleh bank untuk kelulusan.

Bilakah boleh buat permohonan Moratorium Automatik 2021?

Permohonan ini akan mula dibuka kepada semua pada 7 Julai 2021.

Adakah boleh buat permohonan online?

Masih tidak diketahui sama ada permohonan dibuat secara online ataupun bukan.

Kepada peminjam yang berminat, anda perlu membuat permohonan dan akan perlu untuk menandatangan perjanjian baharu pinjaman.

Adakah permohonan moratorium perlu dibuat ataupun ianya akan diberikan secara automatik?

Permohonan perlu dibuat. Namun, kelulusan akan diberikan secara automatik.

Bilakah permohonan moratorium akan dibuka?

Pada 7 Julai 2021.


MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan moratorium automatik PEMULIH sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Post a Comment

0 Comments

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.