Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021

Bantuan Kanak-Kanak 2021


Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah kerana kini anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) TAHUN 2021

Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan sebuah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas bagi tujuan membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna.

Untuk pengetahuan anda, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengumumkan tentang kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya RM450.

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan bagi BKK Lama dan BKK Tahun 2021:

Jumlah BKK Lama
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang.
Jumlah BKK Tahun 2021
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.
__________________________________________________________________________


SYARAT KELAYAKAN BKK TAHUN 2021

1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK TAHUN 2021

Berikut adalah merupakan cara memohon BKK Tahun 2021:

1. Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak Borang Permohonan
3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam melakukan permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.

Post a Comment

0 Comments

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.