Bantuan Tambahan RM1,000 Mula Diagih Jun 2021

Bantuan Tambahan RM1000
Untuk makluman, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 diperkenalkan lagi oleh pihak kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro supaya dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang penuh dengan cabaran ini.

APA ITU GKP 3.0?

GKP 3.0 adalah merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengerluaran dan perkhidmatan.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 3.0?

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

● Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 - RM1,000 (One-Off)
● Lulus permohonan baharu GKP 3.0 - RM1,000 (One-Off)

TARIKH PEMBAYARAN GKP 3.0

Para pemohon boleh melakukan semakan keputusan permohonan bermula pada awal bulan Jun 2021 melalui portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/ . Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

APA BEZA GKP PERMAI & GKP 3.0?


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan status permohonan GKP 3.0 boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk soal jawab GKP 3.0 di sini.

Post a Comment

0 Comments

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.