Vivian telah menulis dua surat masing-masing kepada Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Kewangan II Sabah
merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri
Masidi Manjun bagi menyatakan permohonan untuk melanjutkan tempoh sewa
percuma Penyewa Projek Perumahan (PPR) selama tiga bulan lagi.
“Ini terutama kepada PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD), antaranya PPR Taman Mesra dah Taman Harmoni di
Sandakan,” katanya.
Vivian juga mendapat banyak respon dan permohonan daripada rakyat untuk
mendapatkan pengecualian untuk membayar sewa PPR yang dihuni mereka kerana
penghuni yang terdiri daripada golongan B40 tidak mampu menjana pendapatan
selama tempoh PKPD dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
mahupun sejak dari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
Selain daripada itu, Vivian juga menyeru kepada pihak kerajaan untuk
menyalurkan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD di
kawasan perumahan di lanjutkan di sini seperti PPR Taman Mesra.
“Walaupun bakul makanan ini hanya berisi makanan asas tetapi ia amat diperlukan khasnya golongan penduduk yang amat memerlukan dan terjejas pendapatan mereka dalam musim pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, walaupun Vivian kini berada di Kuala Lumpur untuk sidang
Parlimen, Setiausaha Politiknya, Teo Chee Kim bersama dengan Pegawai Khas
Vivian, Tang Szu Ching juga sering turun padang untuk menjalankan
pemerhatian serta mewakili Vivian untuk menyalurkan bakul kasih yang di
derma oleh rakyat kepada keluarga yang dalam memerlukan.
Dalam perkembangan berkenaan kebajikan rakyat khasnya yang kehilangan kerja
dan terjejas pendapatan sepanjang pandemik ini, Vivian sekali lagi
menegaskan dan menyeru agar moratorium untuk pemanjangan peminjam bank
adalah perlu dilanjutkan dan diluluskan dalam bajet 2021 ini.
"Kita juga masih tidak tahu berapa lama PKPB akan dijalankan tetapi, dengan
kes positif baru di Sabah yang tinggi setiap hari, rakyat Sabah juga perlu
terus tabah menempuhi dalam perang Covid-19 ini untuk beberapa bulan
lagi.
“Oleh itu, pemanjangan moratorium untuk 6 bulan adalah munasabah,"
katanya.
Sementara itu, Vivian juga ingin mengucapkan tahniah kepada kepada penduduk
di Taman Mawar Sandakan kerana PKPD dikawasan ini telah tamat dan yakin kes
aktif juga telah berjaya dikurangkan.
"Dan terima kasih di atas kerjasama kesemua penghuni bersama barisan
hadapan yang terus berusaha memerangi pandemik ini," katanya.
Sumber:
Utusan Borneo Online
0 Comments