Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, sasaran pengeluaran
geran berkenaan dilaksanakan melalui Program Khas Pengukuran Tanah Anak
Negeri (PANTAS).
Beliau berkata, langkah itu antara tumpuan kerajaan negeri untuk rakyat
Sabah khasnya golongan anak negeri di kawasan luar bandar.
"Proses pengambilan tanah melalui kerja berdigital akan terus diperkasa
dan dipercapatkan bagi menyokong pelaksanaan projek-projek pembangunan
kerajaan negeri dan Persekutuan khasnya projek Lebuhraya Pan Borneo dan
projek-projek pembangunan infrastruktur luar bandar.
"Selain itu, penangguhan pembayaran premium tukar syarat guna tanah
akan diteruskan sehingga 31 Disember 2021 bagi menggalakkan pertumbuhan
sektor pembangunan hartanah.
"Proses-proses kerja berkaitan pembangunan tanah juga akan
dilaksanakan secara berdigital bermula 2021 bagi mempercepatkan
pembangunan sektor hartanah di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang
Ke-16 di sini semalam.
Juhar berkata, bagi memastikan matlamat dan strategi Bajet Negeri
2021 tercapai, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan lagi
kecekapan pengurusan kewangan tahun semasa dan merasionalisasikan
pengurusan sumber.
Dalam pada itu jelasnya, kerajaan negeri akan memantau kutipan hasil
baharu dengan memastikan syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di
negeri ini termasuk Petronas membuat pembayaran cukai dengan
teratur.
Menurutnya, usaha untuk mengembalikan momentum pembangunan sektor
pelancongan akan diperkasakan dengan merangka pelan dan program
pemulihan yang holistik untuk dilaksanakan sebaik Sabah bebas dari
pandemik COVID-19.
Katanya, sebagai negeri yang menjadi tarikan dan tonggak utama sektor pelancongan di Malaysia, kerajaan negeri akan mempergiat usaha untuk menambah baik pengurusan alam sekitar dan pemeliharaan warisan budaya sebagai persediaan untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri ini.
Katanya, sebagai negeri yang menjadi tarikan dan tonggak utama sektor pelancongan di Malaysia, kerajaan negeri akan mempergiat usaha untuk menambah baik pengurusan alam sekitar dan pemeliharaan warisan budaya sebagai persediaan untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri ini.
Sementara itu, beliau turut menekankan komitmen kerajaan untuk
meneruskan dasar agar kawasan hutan yang mempunyai nilai biologi
tinggi dijadikan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) yang tidak
kurang daripada 30 peratus keseluruhan keluasan negeri menjelang
2025.
Setakat ini katanya, keluasan hutan yang diisytiharkan sebagai TPA
mencapai 1.9 juta hektar atau 26 peratus. Pencapaian ini menjadikan
Sabah sebagai negeri yang mempunyai kawasan TPA yang terbesar di
Malaysia.
Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor;
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan
Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.
Sumber : Utusan Borneo
0 Comments