Pelajar perempuan didakwa bunuh Siti Nur Surya - Berita Harian


MARANG: Seorang pelajar perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kenalannya, Siti Nur Surya Ismail, 19.

Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, pelajar Tingkatan Enam itu didakwa membunuh Siti Nur Surya di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, pada 1 November lalu antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan.

Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Engku Nurul Ain kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Terdahulu, Siti Nur Athirah yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang, kira-kira jam 9.40 pagi.

Beberapa ahli keluarganya termasuk ayah dan ibu dilihat turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan dan melambai tertuduh.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.