Ketahui Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 dan 2 Sebelum Pencen

Ketahui 18 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Sebelum Pencen

Kemudahan e-Pengeluaran terhad kepada ahli yang mendaftar i-Akaun sahaja.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP

Untuk Ahli, anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.

Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’ untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Pengeluaran Sebahagian
  • Umur 50
  • Bina Rumah
  • Perumahan Fleksibel
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Perumahan PR1MA
  • Simpanan Melebihi RM1 Juta
  • Beli Rumah
  • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Haji
  • i-Lestari
Pengeluaran Penuh
  • Umur 55
  • Hilang Upaya
  • Umur 60
  • Meninggalkan Negara
  • Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan
  • Kematian
1. Pengeluaran Perumahan PR1MA

Membantu Ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.

2. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

3. Pengeluaran i-Lestari

Pengeluaran bulanan RM500 bertujuan meringankan beban ahli sepanjang musim COVID-19. Untuk jadual pembayaran i-Lestari setiap bulan anda boleh rujuk di sini.

4. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

5. Pengeluaran Umur 55 Tahun KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli berumur di antara 55 Tahun hingga umur 59 Tahun
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.

Ketahui lebih lanjut di sini.

6. Pengeluaran Umur 60 Tahun KWSP (Akaun Emas)

Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.

Kelayakan Memohon:
  1. Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Mencapai umur 60 Tahun
  3. Mempunyai simpanan KWSP



Ketahui lebih lanjut di sini.

7. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada
institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU

Baca Juga: Gaji RM1,000 Layak Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
Ketahui lebih lanjut di sini.

8. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal
atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
  2. Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN
  4. Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

Ketahui lebih lanjut di sini.

9. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara
lain ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

Kelayakan Memohon:
  1. Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan
  2. Malaysia; ATAU
  3. Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke
  4. Negara asal; DAN
  5. Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

10. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

11. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:
Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Memohon:
  1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
  2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

12. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.

Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.

Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

13. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

14. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

15. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
  2. Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
  3. Ahli yang layak memohon adalah:
  • i. Warganegara Malaysia; ATAU
  • ii. Bukan warganegara Malaysia yang:
  • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

16. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
17. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Kelayakan Memohon:
  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

18. Pengeluaran Haji

Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

Info lanjut pengeluaran KWSP boleh disemak di sini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Bagi 1 off jk la,apa mau banyak bunyi,hri tu p p kwsp tanya mau bina rumah,tp di beri syarat, rumah kena siap 40% bru blh buat pengeluaran akaun 2, ingat 40% bajet sikit ker nk bina rumah,jika ahli tu ada saving skit x pa la,jika sebaliknya mcm mna, terpaksa la menumpang selama mna blh��
    Jng menyulitkan keadaan pada ketua isi rumah yg berniat untuk mebina rumah,bantu sehingga berjaya��

    ReplyDelete
  2. Bagi 1 off jk la,apa mau banyak bunyi,hri tu p p kwsp tanya mau bina rumah,tp di beri syarat, rumah kena siap 40% bru blh buat pengeluaran akaun 2, ingat 40% bajet sikit ker nk bina rumah,jika ahli tu ada saving skit x pa la,jika sebaliknya mcm mna, terpaksa la menumpang selama mna blh🙄
    Jng menyulitkan keadaan pada ketua isi rumah yg berniat untuk mebina rumah,bantu sehingga berjaya😎

    ReplyDelete
  3. Bagi 1 off jk la,apa mau banyak bunyi,hri tu p p kwsp tanya mau bina rumah,tp di beri syarat, rumah kena siap 40% bru blh buat pengeluaran akaun 2, ingat 40% bajet sikit ker nk bina rumah,jika ahli tu ada saving skit x pa la,jika sebaliknya mcm mna, terpaksa la menumpang selama mna blh🙄
    Jng menyulitkan keadaan pada ketua isi rumah yg berniat untuk mebina rumah,bantu sehingga berjaya😎

    ReplyDelete

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.