Intipati Belanjawan 2021~ Ikuti Secara Langsung di RTM pada jam 4 Petang ini (Jumaat)


Belanjawan 2021 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada hari ini (Jumaat), 6 November bermula jam 4 petang di Parlimen Malaysia.

Anda boleh ikuti secara langsung Pembentangan Budget 2021 di saluran rasmi kerajaan iaitu RTM atau YouTube rasmi MOF (link akan dikemaskini).

Anda juga boleh ikuti perkembangan semasa mengenai bantuan-bantuan yang akan diumumkan di Telegram rasmi https://t.me/semakanMy

Initipati bajet 2021 juga akan dikemaskini selepas habis pembentangan dibuat.

Fokus Belanjawan 2021

Belanjawan kali ini memfokuskan empat perkara utama iaitu:

1. Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat
  • Melindungi golongan mudah terjejas.
  • Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

2. Memacu Pertumbuhan Ekonomi
  • Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.
  • Menjana peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur.

3. Mengupaya Kehidupan Lestari
  • Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti.

4. Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam
  • Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
  • Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Harapan Rakyat

Belanjawan 2021 diharap dapat menjadi penawar dalam proses pemulihan ekonomi.

Belanjawan 2021 bakal melakarkan sejarah tersendiri.

Ini kali pertama satu belanjawan tahunan akan ditentukan status kelulusan dengan sokongan semua Ahli Parlimen tidak kira pegangan politik.

Ia perlu dan akan dilakukan demi kepentingan rakyat serta negara selari titah saranan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Setakat ini, kerajaan telah memperkenalkan empat “belanjawan mini” berjumlah RM305 bilion untuk menyediakan bantuan serta-merta bagi meringankan kesusahan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang terjejas ketika perang global yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi menentang COVID-19.

Ia terdiri daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan KITA PRIHATIN.

Antara bantuan yang diumumkan dalam belanjawan mini sebelum ini termasuklah BPN, GKP, Program Subsidi Upah dan banyak lagi.
Intipati Bajet 2021

Post a Comment

0 Comments

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.