Cucuk Mata "Buaya" Selamatkan Lelaki Dari Di Baham Teruk Oleh Reptilia Buas



Seorang lelaki warga Indonesia terselamat daripada serangan buaya.

Lelaki Terselamat Daripada Hampir Dibaham Buaya Setelah Mencucuk Mata Reptilia Itu. Lelaki warga Indonesia ini terselamat daripada serangan buaya setelah dia berjaya mendapatkan buaya tersebut untuk melonggarkan cengkaman pada dirinya dengan mencucuk mata reptilia tersebut di Ladang Kris Jati Trusan Lawas pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata ketika kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa yang bernama Sulu Maralang berusia 46 tahun mengalami kecederaan parah di paha kirinya yang di gigit buaya tersebut.

Malang tidak berbau, ketika mangsa sedang memungut hasil kelapa sawit di pinggir longkang, seekor buaya tiba-tiba menyerangnya dan menggigit paha kirinya.




Dia berjaya mencucuk mata buaya

“Dalam pergelutan lelaki tersebut, dia berjaya mencucuk mata buaya dengan jarinya. Ketika buaya tersebut melonggarkan cengkamannya, dia segera melarikan diri dan meminta pertolongan dari rakan sekerjanya yang berdekatan.

Rakannya pula terus meberitahu tentang kejadian tersebut dengan pengurus ladang”, kata Roslan Leman dalam satu kenyataannya pada hari ini.

Roslan berkata penolong pengurus ladang tersebut kemudiannya meminta pertolongan daripada pembantu perubatan yang bekerja dengan ladang ituuntuk memberi pertolongan cemas sebelum menghantar mangsa untuk rawatan yang lebih lanjut di Hospital Lawas.



Pernah melihat kelibat buaya

Lokasi kejadian hanya 300 meter dari sungai Trusan dan sejak kebelakangan ini para pekerja di sana pernah melihat kelibat buaya di sekitarnya terutamanya ketikat air pasang.

Buaya air masin yang boleh membesar sehingga enam meter itu dipercayai boleh menggunakan jalan laut kerana mereka mampu untuk bertahan hidup di air masin dengan menggunakan jalan sungai.

Ini juga merupakan kes serangan buaya yang pertama dilaporkan di kawasan tersebut.

Sumber: BorneoPost

Post a Comment

0 Comments

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Get all latest content delivered straight to your inbox.