UiTM Prihatin | Wang Bantuan Kebajikan Pelajar Sebanyak RM100 ~ Mohon Sekarang - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

October 06, 2020

UiTM Prihatin | Wang Bantuan Kebajikan Pelajar Sebanyak RM100 ~ Mohon Sekarang

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberikan RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi itu, susulan penangguhan pendaftaran kemasukan secara fizikal.

Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata bantuan ini juga turut diberikan kepada penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini. 

PENGECUALIAN PEMBAYARAN YURAN KOLEJ KEDIAMAN

Tambahan lagi, Para pelajar juga diberi pengecualian untuk membayar yuran kolej kediaman bagi bulan Oktober bagi penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.

PENDAFTARAN IPT KINI DITANGGUH OLEH KPT

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi penuntut baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini susulan peningkatan kes COVID-19.

Mohd Azraai berkata, inisiatif dan insentif yang dilaksanakan itu selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut.

Katanya, keutamaan UiTM kini adalah memastikan penuntutnya kekal selamat, sihat dan tabah dengan cabaran dihadapi ekoran pandemik COVID-19

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN DENGAN INSENTIF

Sebarang maklumat atau pertanyaan berkenaan dengan insentif ini, para pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan JOBSA di hotline yang berikut:

Telefon : 03-5544 7893

Whatsapp : 0112-074 2823

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa