Permohonan Baru Bagi Program Subsidi Upah 2.0 | Cara Membuat Permohonan - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

October 02, 2020

Permohonan Baru Bagi Program Subsidi Upah 2.0 | Cara Membuat Permohonan

 

Kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas disebabkan penularan COVID-19. Pelaksanaan program terbabit dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan membabitkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion. 

Subsidi upah diberi hingga tiga bulan dengan kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja hingga maksimum 200 pekerja. 


CIRI-CIRI PSU 2.0

Berikut merupakan ciri-ciri Program Subsidi Upah 2.0:

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu.
  • Subsidi upah diberi hingga tiga bulan kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja hingga maksimum 200 pekerja
  • Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga enam bulan.

 

TARIKH PERMOHONAN BARU PSU 2.0 

Permohonan akan dibuka bermula 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020

 

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Untuk syarat-syarat kelayakan, anda boleh merujuk kepada jadual yang berikut.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA PERMOHONAN BARU PSU 2.0

1. Layari pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/

2. Tekan "PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)"

3. Kemudian, tekan "PERMOHONAN BARU"

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Isi semua butiran yang diperlukan dan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan ialah:

i. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);

ii.Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);

iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;

iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan

v. Akuan Pengisytiharan PSU2.0.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian yang berikut:

HOTLINE: 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000

EMAIL: perkeso@perkeso.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa