Bantuan Prihatin Nasional 2.0 | Semakan & Kaedah Pembayaran - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

October 01, 2020

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 | Semakan & Kaedah Pembayaran

 

Seperti yang telah kita ketahui bahawa Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tambahan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bagi mereka yang layak menerimanya. Ianya merangkumi 10.6 juta penerima mengikut data BPN 1.0 yang lalu. 

Sekiranya permohonan BPN anda sebelum ini telah lulus, penerima tidak perlu lagi membuat permohonan baru bagi BPN 2.0. Penerima hanya perlu menunggu pembayaran BPN 2.0 untuk dikreditkan ke dalam akaun pada bulan Oktober ini.

JUMLAH BANTUAN BPN 2.0 YANG DISALURKAN 

Berikut merupakan jumlah bantuan BPN 2.0 yang akan disalurkan:

  • Isi rumah B40 : RM1,000\
  • B40 Bujang : RM500
  • M40 Isi Rumah : RM600
  • M40 bujang : RM300

TARIKH PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Bagi yang belum membuat permohonan BPN 1.0 sebelum ini, kini anda boleh membuat permohonan baru bagi BPN 2.0. Berikut merupakan tarikh permohonan baru untuk BPN 2.0:

  • 15 Oktober 2020

KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0

Sekiranya anda mempunyai akaun bank, pembayaran BPN 2.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

Sekiranya pembayaran gagal kredit, ini adalah disebabkan akaun bank anda tidak aktif dan perlu membuat tuntutan di mana-mana cawangan BSN yang terdekat.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, anda perlu membuat tuntutan di cawangan BSN yang terdekat melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

*Pengemaskinian akaun bank bagi yang tidak aktif tidak akan dibenarkan kerana kaedah pembayaran adalah sama seperti yang sebelumnya.


SEMAKAN BPN 2.0

Kini, anda boleh membuat semakan BPN 2.0 di pautan yang disediakan berikut:


No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa