Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP RM500 Bagi Bulan Oktober 2020
Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bagi bulan Oktober akan bermula daripada 1 OKTOBER 2020. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bulan kelima iaitu bulan September 2020 dan sedang tunggu i-Lestari bulan keenam iaitu bulan Oktober 2020.
Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda mulai 1 OKTOBER 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak KWSP untuk maklumat lanjut.
Pembayaran i-lestari akan dilakukan pada setiap 1hb setiap bulan mengikut hari bekerja. Jika pada 1 OKTOBER 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP RM500 OKTOBER 2020
Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran i-Lestari KWSP. Anda boleh lah merujuk kepada jadual yang berikut untuk mengetahui tarikh pembayaran i-Lestari untuk setiap bulan.
CARA SEMAK PENYATA DAN BAKI KWSP AKAUN 2
Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki, penyata dan
transaksi pengeluaran KWSP akaun kedua secara atas talian seperti
berikut :
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal/Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang info lanjut berkaitan dengan pembayaran I-Lestari KWSP, anda boleh menghubungi talian yang berikut:
KWSP Hotline: 03-8922-4848
Post a Comment
0 Comments