SPA8i Kini Akan Diganti Dengan SPA9 Bermula 28 September 2020 | Cara Membuat Permohonan - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

September 25, 2020

SPA8i Kini Akan Diganti Dengan SPA9 Bermula 28 September 2020 | Cara Membuat Permohonan

 

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di akaun Twitter rasmi SPA Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 Sepetember 2020.

Namun begitu, pemohon sedia ada di bawah SPA8i bagi akaun pendaftaran yang masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru. 

TARIKH & MASA MENAIK TARAF SISTEM 

Dimaklumkan juga bahawa Borang SPA8i akan ditutup bagi kerja-kerja untuk menaik tarafkan ke sistem yang baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Berikut merupakan tarikh dan masa pelaksanaan naik taraf sistem:

  • Tarikh mula: 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 Pagi
  • Tarikh tamat: 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 Pagi

 

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN  

1. Klik dan layari pautan yang disediakan berikut:

PAUTAN SPA9

2. Bagi pemohon yang mendaftar akaun untuk pertama kali dan tidak mempunyai ID, sila mohon dengan membuat Daftar Baru. Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang diminta. Untuk tujuan LOG MASUK, MyID adalah nombor pengenalan pemohon dan kata laluan adalah berdasarkan yang ditetapkan oleh pemohon.


SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja.
    Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

 

MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya pemohon ingin membuat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Hotline SPA yang berikut 

Telefon: 03-80919000

Sistem ePertanyaan SPA: https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa