Sudakah anda membuat semakan permohonan rayuan BSH? Jika status permohonan Bantuan Sara Hidup anda gagal dan ingin membuat rayuan BSH Fasa 3, Berikut merupakan perkongsian tentang tarikh permohonan, syarat kelayakan serta langkah-langkah membuat rayuan dengan lebih lanjut.
TARIKH RAYUAN BSH 2020
- Permohonan dibuka: 7 OGOS 2020
- Permohonan ditutup: 6 SEPTEMBER 2020
SEMAKAN BSH FASA 3
Untuk membuat semakan BSH Fasa 3 status pembayaran, berikut adalah langkah-langkah sebagai rujukan:- Layari Portal Rasmi BSH
- Tekan ‘SEMAKAN STATUS BAYARAN’ (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
- Buat semakan dengan memasukkan no kad pengenalan anda.
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
A. PERMOHONAN RAYUAN SECARA ONLINE
- Sila layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup: PORTAL RASMI BSH 2020
- Tekan butang ‘Rayuan’
- Di halaman berikut, masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-) dan tekan butang carian.
- Setelah berjaya memasukkan nombor MyKad, anda boleh meneruskan proses permohonan mengikut aturan yang ditetapkan.
Perhatian bagi pemohon yang tidak boleh membuat rayuan secara atas talian (online), permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua lokasi berikut bermula tarikh seperti dinyatakan di atas.
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH)
- Pusat Transformasi Bandar (UTC)
BORANG RAYUAN BSH 2020
Anda juga boleh memuat turun borang rayuan BSH di pautan yang berikut.
BORANG RAYUAN
MAKLUMAT LANJUTSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah dalam membuat rayuan BSH 2020, anda boleh menhubungi talian yang disediakan berikut.
Talian Hotline: 1-800-88-2747
0 Comments