Kemaskini Permohonan Rumah PPR & PA Secara Online | Kemaskini Permohonan Anda Sekarang - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

September 02, 2020

Kemaskini Permohonan Rumah PPR & PA Secara Online | Kemaskini Permohonan Anda Sekarang


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meminta kepada orang ramai yang telah membuat permohonan Rumah PPR DAN PA dari tahun 1998-2018 untuk mengemaskini maklumat bermula pada 1 September yang lalu sehingga 30 November tahun ini.

CARA KEMASKINI PERMOHONAN RUMAH PPR & PA

Pengemaskinian permohonan Rumah PPR & PA hendaklah dibuat secara online dalam tempoh 3 bulan bermula 1 September 2020 sehingga 30 November 2020. Bagi pemohon yang ingin mengemaskini permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dinyatakan berikut:


  • Klik KEMASKINI MAKLUMAT
  • Kemudian LOG MASUK
  • Seterusnya, kemaskini maklumat seperti KAD PENGENALAN, PENDAPATAN, STATUS PERKAHWINAN, TEMPAT TINGGAL, AHLI KELUARGA, MAKLUMAT OKU dan BUTIRAN HARTA
  • Upload dokumen yang diminta
  • Klik HANTAR dan permohonan anda telah dikemaskini

Jika pemohon gagal mengemaskini maklumat permohonan, pemohon akan dikategorikan sebagai tidak aktif dan permohonannya tidak akan diproses.
MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan ketika mengemaskini maklumat, anda boleh menghubungi talian yang berikut atau hantar emel pada alamat emel yang berikut:

Email : eperumahan@dbkl.gov.my
Telefon : 03-2617 6014

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa