Info Semasa
I-Lestari KWSP RM500 September 2020 | Tarikh Pembayaran
Pasti ramai pencarum KWSP yang tertanya-tanya bila tarikh pembayaran I-Lestari bagi bulan September. Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-LESTARI BULAN SEPTEMBER bermula daripada 1 SEPTEMBER 2020. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bulan keempat iaitu bulan Ogos 2020 dan sedang tunggu i-Lestari bulan kelima.
Bagi memudahkan para penerima I-Lestari KWSP untuk membuat semakan tarikh pembayaran, para penerima boleh merujuk kepada jadual pembayaran I-Lestari yang dikongsikan berikut. Ini adalah untuk memudahkan para penerima I-Lestari KWSP untuk mengetahui tarikh pembayaran dengan lebih tepat.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP RM500 SEPTEMBER 2020
CARA SEMAK PENYATA DAN BAKI KWSP AKAUN 2
Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki, penyata dan transaksi pengeluaran KWSP akaun kedua secara atas talian seperti berikut :
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal/Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang info lanjut berkaitan dengan pembayaran I-Lestari KWSP, anda boleh menghubungi talian yang berikut:
KWSP Hotline: 03-8922-4848
Post a Comment
0 Comments