BEAUFORT: Kerajaan bersetuju menaikkan semula kadar Elaun Sara Hidup
Nelayan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan, bagi mengurangkan beban
golongan itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
"Semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Parti Warisan Sabah
(WARISAN) sebahagian daripada PH dan Elaun Sara Hidup nelayan sebanyak
RM300 dipotong menjadi RM250.
"Hari ini, saya umumkan, kita kembalikan semula bayaran tunai RM300
setiap bulan, supaya dapat meringankan beban yang ditanggung sektor
perikanan," katanya Perdana Menteri pada Majlis
Bersama Peladang,
Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun
Padi Bukit/Huma, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr
Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan calon
Perikatan Nasional (PN) DUN Klias Datuk Isnin Aliasnih.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan bantuan khas,
khususnya untuk kerajaan Sabah dan Sarawak di bawah Skim Subdisi Baja
dan Racun Padi Bukit/Huma berjumlah RM40.34 juta.
Selain itu, beliau turut mengumumkan kadar dividen sebanyak 8.1
peratus bagi Dana Peladang Kebangsaan untuk 2019, dengan keseluruhan
agihan dividen sebanyak RM7.7 juta.
Agihan itu diberikan selepas Dana Peladang Kebangsaan di Pertubuhan
Peladang Kebangsaan (NAFAS) memperoleh keuntungan sebanyak RM9.3 juta
bagi tahun 2019.
SUMBER- Berita Harian
0 Comments