Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2.0 Akan Disalurkan Untuk Rakyat Malaysia - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

September 23, 2020

Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2.0 Akan Disalurkan Untuk Rakyat Malaysia


Pada perutusan petang tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas:

Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat. Perdana Menteri berkata, Kita Prihatin merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta.

JUMLAH BANTUAN BPN 2.0 YANG DISALURKAN
Isi rumah B40 : RM1,000
B40 Bujang : RM500
M40 Isi Rumah : RM600
M40 bujang : RM300

TARIKH BAYARAN BANTUAN BPN 2.0
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu:
  • Ansuran Pertama pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021. 
  • Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Okotber adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Namun begitu, Muhyiddin berkata, tiada permohonan perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 dan kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa