20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP Untuk Di Isi | Mohon Sekarang - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

September 30, 2020

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP Untuk Di Isi | Mohon Sekarang

 

Pada 28 September 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyeru graduan yang masih menganggur supaya merebut peluang mendaftar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP)

Program PENJANA KPT-CAP yang diperkenalkan ini unik kerana graduan dipastikan akan memperoleh pekerjaan selepas menamatkan kursus ditetapkan. PENJANA KPT-CAP yang merangkumi tiga subprogram iaitu ‘Place and Train’ (skim latihan dan penempatan), keusahawanan dan ekonomi gig akan memberi kemahiran baharu serta meningkatkan kemahiran para siswazah.


SYARAT UMUM PENJANA KPT-CAP

  1. Warganegara Malaysia
  2. Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  3. Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  4. Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  5. Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.


 

CARA MEMOHON PENJANA KPT-CAP

  1. Layari pautan Portal GREaT yang disediakan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal tersebut. > http://great.mohe.gov.my/
  2. Klik "MOHON PENJANA KPT-CAP"
  3. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Kemaskini maklumat seperti nombor telefon, alamat dan emel anda
  5. Slip pengesahan permohonan Program Penjana KPT-CAP akan dipaparkan
  6. Notifikasi pengesahan kehadiran program akan diemel 7 hari sebelum program bermula

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan dengan permohonan ini, anda boleh menghubungi talian yang berikut:

Hotline: 03 8870 6000 / 03 8870 6809 

Email: ge@mohe.gov.my / penjanakpt@mohe.gov.my

 

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa