Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA Malaysia - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

July 16, 2020

Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA Malaysia


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA awam Malaysia bagi ambilan 2020/2021

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat Asas:-
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
  4. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2020/2021) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
  6. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
  7. Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi kali pertama sahaja.
2- Syarat-syarat Khusus:-
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk prinsipal A bagi Pengajian Am; atau
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 dan memperolehi sekurang-kurangnya 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan minimum Mumtaz ; atau
  • Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies pada tahun 2019/2020 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 di akhir semester.
CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
2. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra-universiti / Alpha / Foundation.
4. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
5. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma / Ijazah dalam tahun kedua dan ke atas
6. Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
7. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

CARA MEMOHON 
1. Permohonan boleh dibuat mulai 5 Julai 2020 dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut:
Bahagian Baitulmal,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Aras 1, Bangunan PERKIM,
No. 150, Jln Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur @
Cawangan-Pusat Agihan Zakat (PAZA)

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter Bahagian Baitulmal Aras 1 (Ibu Pejabat) atau di mana-mana cawangan Baitulmal (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN



Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 September 2020 dengan mengisi borang Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  10. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  12. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  17. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  18. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
BIDANG TAJAAN
IJAZAH SARJANA MUDAKLINIKAL DAN KESIHATANPerubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
SASTERA Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
SAINS SOSIAL Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
KEJURUTERAANElektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Borang permohonan secara ONLINE (muat turun) mestilah dicetak menggunakan kertas berwarna PUTIH.
2. Sila pastikan borang permohonan diisi dan dilampirkan dengan dokumen LENGKAP. Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.
3. Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
4. Sebarang pertanyaan berkaitan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-40477600 sambungan 7411/7410/7631 (Unit Pembangunan Akademik- IPTL).

Berikut merupakanBorang Permohonan Biasiswa Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam (UA) Dalam Negara


No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa