Semakan Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 | Semak Sekarang - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 15, 2020

Semakan Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 | Semak Sekarang



Kini, para pelajar sekolah dari keluarga B40 boleh membuat semakan Permohonan Telefon Pintar Percuma.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1) Dapatkan kebenaran daripada pihak ibu bapa murid kumpulkan maklumat berikut :
  • Nombor MyKid/MyKad murid
  • Nombor MyKad Ibubapa
  • Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2) Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke BPN HASIL, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’

3) Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA BAGI PELAJAR SEKOLAH B40

Berikut merupakan maklumat tentang cara membuat semakan status permohonan telefon pintar percuma YTL. Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk membuat semakan permohonan anda.

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan Permohonan Telefon Pintar Percuma iaitu:

1. SEMAKAN SECARA ONLINE
  • Layari laman https://lcs.yes.my/ 
  • Pilih inisiatif sama ada "SIM Percuma Dengan Data", "Telefon Percuma dengan SIM", "SIM Percuma ICSS" dan "SIM Percuma Universiti"  
  • Masukkan nombor kad pengenalan Ibu Bapa yang didaftarkan
  • Kemudian, masukkan No. MyKid / MyKad yang dicalonkan.
  • Klik butang "Hantar"    
2. SEMAKAN MENERUSI EMAIL
  • Status Permohonan anda akan dimaklumkan melalui Email. Ibu bapa juga akan turut menerima email berkaitan proses pendaftaran.
  • Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta perlu memuat naik beberapa maklumat seperti yang berikut:
    • 1 salinan MyKad Pelajar
    • 1 salinan MyKad Ibu bapa
    • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40.
MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan ini, anda boleh menghubungi yang tertera berikut:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Email: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa