Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Sekiranya anda menepati syarat-syarat yang dinyatakan, anda boleh ikuti langkah-langkah permohonan Geran Khas Prihatin yang dinyatakan berikut.
CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
- Layari laman web rasmi GKP. Anda boleh tekan pautan ini untuk melayari web rasmi GKP --> LAMAN RASMI GKP
- Masukkan No kad pengenalan.Masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang cari.
- Login atau permohonan baru.Jika maklumat anda telah ada dalam data, anda boleh terus login. Manakala, jika maklumat tidak ada, maka buat permohonan baharu.
- Isi borang permohonan baru. Pada bahagian permohonan baru, isikan borang dengan melengkapkan kesemua ruangan yang diperlukan.
- Selesai permohonan.Anda boleh membuat kemaskini.
TARIKH SEMAKAN & PEMBAYARAN GKP
Berikut merupakan maklumat tentang tarikh semakan dan pembayaran GKP
Tarikh Semakan : 3 Jun 2020
Tarikh Pembayaran: 15 Jun 2020
Anda boleh membuat semakan secara online melalui pautan berikut.
SEMAKAN GKP
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN GKP
Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan GKP, anda boleh melayari laman web rasmi LHDN atau menghubungi talian hotline yang disediakan di pautan berikut.
- Portal Rasmi : LHDNM
- Telefon : Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
- HASIL LIVE CHAT
SOALAN LAZIM GERAN KHAS PRIHATIN
Berikut merupakan soalan lazim mengenai Geran Khas Prihatin. Anda boleh tekan pada pautan berikut.
SOALAN LAZIM GKP
0 Comments