Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 05, 2020

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin



Seperti yang sudah dimaklumkan, semakan status kelulusan Geran Khas Prihatin telah dibuka pada 3 Jun 2020. Pemohon boleh menyemak status kelayakan di laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Bagi pemohon GKP yang lulus, pemohon akan dijangka menerima bayaran bermula 15 Jun 2020. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon. Manakala, bagi pemohon yang masih dalam semakan, keputusan permohonan akan diumum pada 8 Jun 2020 dan pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.

Bagi pemohon yang berstatus tidak lulus, anda harus meneruskan bacaan dan ikuti panduan untuk membuat rayuan. Berikut merupakan panduan untuk membuat rayuan.

RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN 

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi peluang kepada pemohon yang tidak lulus untuk membuat rayuan mulai 3 Jun 2020 sehingga 15 Jun 2020. Anda boleh membuat rayuan pada pautan yang berikut.
 Setakat ini, tiada lagi permohonan Rayuan GKP secara manual di cawangan-cawangan LHDNM.

DOKUMEN SOKONGAN 

Anda perlu memuat naik dokumen sokongan mengikut jenis setiap kategori KOD alasan TIDAK LULUS. Terdapat 6 alasan mengapa permohonan GKP tidak lulus seperti berikut:



TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN & PEMBAYARAN 
Tarikh keputusan rayuan: 22 Jun 2020
Tarikh pembayaran: 29 Jun 2020 

MAKLUMAT LANJUT GKP

Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan GKP, anda boleh melayari laman web rasmi LHDN atau menghubungi talian hotline yang disediakan di pautan berikut.

Laman Rasmi: LHDN
Telefon: Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

    No comments:

    Post a Comment

    Join Channel Telegram Graduan Semasa