Info Semasa
MrDiy tawar 1000 Peluang Perkerjaan
Pengarah Urusannya, Adrian Ong, berkata terdapat kekosongan untuk rakyat Malaysia dengan set kemahiran relevan di lebih 600 cawangannya seluruh negara.
"Pandemik COVID-19 meletakkan kita dalam situasi tidak pernah dialami sebelum ini, yang memerlukan isu kesihatan dan ekonomi ditangani.
Sebagai peruncit produk hiasan dan keperluan rumah yang pantas berkembang, MR. D.I.Y. mampu mengekal dan menambah tenaga kerja, bagi menyokong ekonomi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Tawaran itu yang sah selama tiga bulan dari 1 Jun turut menggalakkan permohonan daripada orang kelainan upaya (OKU),
Peruncit itu turut menawarkan manfaat menarik termasuk perlindungan perubatan, diskaun kakitangan, kenaikan dan bonus tahunan, lawatan syarikat, selain peluang pertumbuhan kerjaya dan kenaikan pangkat.
Ong berkata, MR. D.I.Y. gembira dapat menarik minat pencari kerja yang mencari peluang untuk membina karier jangka masa panjang yang menarik selain turut mengalu-alukan individu yang cerdas, bersemangat dan rajin untuk menyertai pasukan yang sedang berkembang di ibu pejabat mereka atau di rangkaian kedainya.
Syarat kelayakan, pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan memiliki ijazah dan atau diploma (untuk jawatan peringkat penyelia dan seterusnya) atau Sijil Pelajaran Malaysia (untuk jawatan lain).
"Di samping itu, terdapat juga banyak peluang pekerjaan bagi peringkat pengurusan kanan, eksekutif serta graduan baharu di pelbagai jabatan," katanya.
Sumber - BERNAMA
Post a Comment
2 Comments
Berminat dengan kerja yang di tawarkan
ReplyDeleteSekiranya anda berminat, untuk maklumat pengambilan pekerja, sila layari laman sesawang MR D.I.Y www.mrdiy.com/career serta akaun media sosialnya di Facebook, Instagram dan Linkedln.
Delete