Golongan Penganggur yang Hilang Pekerjaan Akan Menerima Insentif Dari MAIWP - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 18, 2020

Golongan Penganggur yang Hilang Pekerjaan Akan Menerima Insentif Dari MAIWP


KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membentangkan beberapa insentif dalam jangka masa terdekat bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan susulan krisis COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia dijangka dalam bentuk bantuan berterusan yang memastikan kelangsungan hidup serta menjamin pendapatan golongan terjejas.

"Kita akan kemukakan kepada khalayak dalam masa terdekat,  beberapa insentif dalam jangkaan dan kemampuan kita untuk menolong seupaya mungkin, sebahagian daripada golongan penganggur.

"Kita juga akan memberikan bantuan yang bukan sekadar one-off, tetapi boleh meneruskan kehidupan, menjadi sumber pendapatan kepada mereka dan usaha ini sedang giat kita lakukan," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pondok Moden Al 'Abaqirah (PMA) MAIWP bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).
Zulkifli berkata, pihak MAIWP akan cuba menyantuni seramai mungkin golongan penganggur mengikut kemampuan badan itu termasuk melibatkan kerjasama dengan agensi Islam peringkat negeri bagi memperkemaskan agihan.

Tambahnya, sepanjang dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, MAIWP sudah membelanjakan RM190 juta bagi membantu golongan yang memerlukan serta berdepan kesukaran.

Kajian Tenaga Buruh yang dibentangkan pada Isnin menunjukkan kadar pengangguran melonjak 5 peratus iaitu seramai 778, 800 pada April.
Angka itu merupakan peningkatan 48.8 peratus berbanding bulan sama tahun lepas.

Sementara itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara PMA MAIWP dan KPBKL bagi membolehkan pelajar PMA menyambung pengajian Diploma Syariah Islamiyyah di KPBKL.

Melalui kerjasama itu pelajar berpeluang melanjutkan pengajian diploma tersebut di KPBKL untuk tempoh dua tahun setengah pada kos serendah RM1,800 berbanding kadar yuran biasa RM18,000.

Sementara itu IHES Endowment (Waqaf) Development Berhad turut menyerahkan Wakaf Sistem Pendidikan Holistik bersepadu (IHES) kepada MAIWP sekaligus menjadikan ia wakaf sistem pendidikan pertama yang diterima MAIWP.

SUMBER - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa