Cara Daftar Ibu Tunggal | Daftar Sekarang - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 11, 2020

Cara Daftar Ibu Tunggal | Daftar Sekarang


PENJANA 2020 adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk memuliahkan ekonomi Malaysia secara berperingkat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik iaitu Covid-19.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumum bahawa golongan ibu tunggal juga tidak dilupakan dalam Program PENJANA 2020.  Lebih 300,000 ibu tunggal (dan juga OKU) yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan ini.

Sekiranya anda masih belum mendaftar, silakan untuk membuat pendaftaran untuk menerima bantuan Ibu Tunggal yang telah disediakan oleh kerajaan.

Sekiranya anda masih tertanya bagaimana untuk mendaftar, berikut merupakan penjelasan lanjut tentang cara-cara mendaftar Ibu Tunggal.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN
1. Muat Turun Borang
Anda boleh muat turun borang permohonan iaitu Borang JKM 18 terlebih dahulu di pautan berikut,
BORANG JKM 18

 2. Anda juga boleh dapatkan borang permohonan bantuan di pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagia (PKMD) di seluruh negara.

Pastikan maklumat di isi dengan lengkap dan tepat.

DOKUMEN SOKONGAN
Anda juga perlu membawa bersama dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat dengan anda.

Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa:
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan / MyKid / Sijil kematian ahli keluarga yang tinggal bersama 
  • Salinan sijil kematian / penceraian
  • Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan ( jika perlu & berkaitan)
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat akaun pendapatan ( jika bekerja sendiri)
  • Laporan dari agensi berkaitan (AADK / Polis / Penjara ) ( Jika berkaitan)
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / astro atau lain ( Pengesahan alamat)
  • Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (Bagi permohonan bantuan geran pelancaran)
  • Pengesahan rawatan / surat sokongan / syor daripada doktor / pakar perubatan dan sebut harga barang (Bagi permohonan bantuan alat tiruan / sokongan)
Anda perlu tunggu kelulusan daripada pihak JKM setelah anda menghantar borang permohonan serta dokumen sokongan. Anda akan dihubungi oleh pihak JKM sekiranya permohonan anda diluluskan.

MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang bantuan ini, anda boleh ke laman web rasmi JKM seperti di pautan berikut.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa