Cara Daftar e-Wallet Tebus RM50 Epenjana - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 06, 2020

Cara Daftar e-Wallet Tebus RM50 Epenjana


Pada 2 hari yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 Bilion - PM @Muhyiddin Yassin.

Antara pengumuman yang menarik perhatian ialah kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback yang bernilai RM50 bermula Julai 2020 nanti.

Dalam keadaan rakyat yang menjalani norma hidup yang baru, pembayaran tanpa sentuh menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Bagi menggalakkan pengunaan perkhidmatan e-wallet, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet pengguna. Ia akan dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback yang bernilai RM50 daripada syarikat khidmat e-wallet tersebut.

Inisiatif ini akan bermula pada bulan depan iaitu bulan Julai 2020.

Mungkin ramai pengguna yang masih mencari cara untuk mendaftar e-wallet. Oleh itu, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara-cara mendaftar akaun e-wallet.

KEGUNAAN E-TUNAI RAKYAT
Terdapat banyak kegunaan e-tunai untuk rakyat. Rakyat boleh membelanjakan wang tersebut untuk sebarang perkhidmatan atau barangan di Malaysia

Antara kemudahan yang disediakan ialah:
  • Bayar bil elektrik dan air
  • Topup telefon
  • Beli Barang di kedai terpilih
  • Bayar tol
  • Bayar tambang kereta e-hailing

CARA DAFTAR DAN TEBUS E-TUNAI RM50

Anda perlu memilih salah satu e-wallet terpilih untuk menebus e-tunai RM50. Berikut merupakan cara-cara mendaftar dan menebus e-tunai Rakyat mengikut e-wallet yang terpilih. Antara e-wallet yang terpilih ialah Boost, GrabPay dan Touch 'n Go e-wallet.

i) Boost


1. Muat turun applikasi Boost di telefon pintar
2. Selepas muat turun, daftar  akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan
3. Anda perlu ambil gambar kad pengenalan serta swafoto
4. Hantar permohonan untuk pengesahan
ii) Grabpay
Cara Daftar eWallet RM50 dan Tebus Dana eTunai ePenjana - Edu Bestari
1. Muat turun aplikasi Grabpay di telefon pintar
2. Selepas muat turun, daftar  akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan
3. Lepas berjaya daftar, klik butang e-Tunai Rakyat
4. Isi maklumat yang diperlukan (perlu ambil gambar kad pengenalan serta swafoto)
5. Hantar permohonan untuk pengesahan (akan mengambil masa beberapa hari)

iii) Touch 'n Go ewallet
ePenjana : Cara Daftar eWallet Dan Tebus eTunai RM50
1. Muat turun aplikasi Touch 'n Go ewallet di telefon pintar
2. Selepas muat turun, daftar  akaun dengan mengisi butiran dengan lengkap
3. Lepas berjaya daftar, klik butang e-Tunai Rakyat
4. Isi maklumat yang diperlukan (perlu ambil gambar kad pengenalan serta swafoto)
5. Hantar permohonan untuk pengesahan (akan mengambil masa beberapa hari)

Sebarang maklumat lanjut mengenai e-wallet akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh kerajaan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendaftar dan menebus e-Tunai Rakyat yang diberikan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa