Bantuan Mobaliti Penjana PERKESO Bagi Pencari Kerja Yang Berpindah | Terima RM600-RM1000 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 14, 2020

Bantuan Mobaliti Penjana PERKESO Bagi Pencari Kerja Yang Berpindah | Terima RM600-RM1000

Mungkin ada yang tertanya, apa itu Bantuan Mobaliti Penjana PERKESO?

Bantuan Mobaliti PERKESO adalah salah satu bantuan untuk membantu para pencari kerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja. Bantuan ini merupakan salah satu insentif yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam PENJANA.

Cara pembayaran bantuan ini kepada pemohon yang layak ialah secara one-off. Bayaran bantuan bagi Semenanjung ialah RM600 manakala bagi Sabah & Sarawak pula ialah RM1000.

INSENTIF PENJANA KERJAYA

Berikut merupakan beberapa insentif Penjanakerjaya yang disediakan:
  • #MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
  • #HireMalaysia: Terdapat 3 kategori iaitu:
    • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
    • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan yang berumur 40 tahun dan ke atas;
    •  Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam golongan mudah terjejas termasuk  golongan OKU dan peserta  Program Return to Work PERKESO.
SYARAT BANTUAN MOBILITI
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Bantuan Mobaliti:
  • Pekerja dan perantis yang diambil oleh majikan di bawah program insentif pengambilan ini yang perlu berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja terkini adalah layak menuntut bantuan RM600 melalui majikan;
  • Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya layak menuntut RM1,000 melalui majikan;
  • Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off
  • Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.



CARA MEMOHON
Cara untuk memohon Bantuan Mobaliti Penjana PERKESO adalah belum diketahui. Namun, sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, anda boleh menghubungi:



No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa