Bantuan Elektrik Percuma Dari April-Jun 2020 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 20, 2020

Bantuan Elektrik Percuma Dari April-Jun 2020


PUTRAJAYA: Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.


Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Secara keseluruhan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan itu akan memanfaatkan 7.66 juta pengguna elektrik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Razib Dawood.
Shamsul Anuar berkata bagi pengguna blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60 akan menerima diskaun tambahan sebanyak 8 peratus.
Ini berbanding hanya 2 peratus yang dinikmati sejak April dengan jumlah pengguna yang terbabit seramai 916,000 orang.

Mengulas lanjut, beliau berkata bantuan itu adalah tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.

"Dengan pelaksanaan bantuan ini, jumlah diskaun yang diberikan kepada pengguna elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, TNB setuju menghentikan tindakan pemotongan elektrik hingga 30 September ini.

Shamsul Anuar berkata, kajian yang dibuat oleh ST mendapati sebahagian besar pengguna elektrik yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pengguna dalam blok tarif 301-600kWj dengan kadar tarif 51.6 sen/kWj.

Disebabkan penggunaan elektrik yang tinggi semasa PKP, kumpulan ini telah terkeluar daripada blok tarif yang sebelumnya dan memasuki blok tarif yang seterusnya iaitu dengan kadar 54.60 sen/kWj yang menyebabkan bil elektrik melonjak naik sekali gus menyaksikan pengurangan diskaun daripada 15 peratus kepada hanya dua peratus.
"Bagi membantu pengguna yang termasuk dalam kategori itu, kerajaan telah memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif 601-900 kWj dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60.

"Mereka akan menikmati diskaun tambahan lapan peratus menjadikan 10 peratus sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September, berbanding hanya dua peratus yang dinikmati sejak April lalu.
"Jumlah pengguna yang terbabit adalah seramai 916,000 orang atau 12 peratus daripada keseluruhan pengguna domestik," katanya.

Shamsul Anuar berkata Dana Bantuan Prihatin Elektrik ini dibiayai oleh kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik, Kementerian Kewangan dan TNB.
"Kerajaan berharap agar penjimatan melalui Bantuan Prihatin Elektrik tambahan ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat dari segi perbelanjaan isi rumah," katanya.

SUMBER - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa