40,000 Peluang Pekerjaan ditawarkan & Daftar PENJANA HRDF Sekarang - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

June 24, 2020

40,000 Peluang Pekerjaan ditawarkan & Daftar PENJANA HRDF Sekarang


Lebih 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata inisiatif dikenali sebagai PENJANA HRDF ini berjaya menarik sebanyak 10 organisasi dan persatuan mewakili industri untuk bekerjasama dan menawarkan peluang pekerjaan serta latihan.


INISIATIF YANG DISEDIAKAN

5 strategi disediakan HRDF melalui inisiatif ini terdiri daripada:
  • Penempatan dan Latihan 
  • Peningkatan Kemahiran dan Latihan Kemahiran Baru
  • Pembangunan Perusahan Kecil Sederhana (PKS)
  • Pembangunan B40 
  • Gerak Insan Cemerlang

"Melihat kepada perkembangan hari ini saya percaya lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat diwujudkan menerusi insentif ini.

"HRDF turut menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia," katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran Inisiatif PENJANA HRDF di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah HRDF, Datuk Nelson Reganathan dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar.

PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri pada 9 Jun lalu bertujuan membantu syarikat dan perniagaan pulih dari kesan pendemik COVID-19 melalui pakej bernilai 35 bilion ringgit termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat dan Pakej PRIHATIN PKS Tambahan kepada lebih 290 bilion ringgit.
ORGANISASI YANG TERLIBAT 

Antara organisasi dan syarikat yang menjayakan inisiatif dan menawarkan peluang pekerjaan adalah terdiri dari:
  • Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM)
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
  • Brickfields Asia College
  • Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM)
  • 7 Eleven
  • Kelly
  • AEON
  • Grab
  • Care Concierge
KUMPULAN SASARAN
Saravanan berkata, inisiatif ini akan dimanfaatkan dari pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada:
  • Pelajar lepasan sekolah
  • Graduan yang masih menganggur
  • Pekerja yang diberhentikan 
  • Suri rumah 
  • Pesara.
CARA DAFTAR PENJANA HRDF


Bagi yang berminat untuk mengikuti latihan serta penempatan pekerjaan melalui inisiatif PENJANA HRDF, anda boleh klik pautan di bawah untuk membuat pendaftaran.

  1. Klik pautan diatas, klik SIGN UP HERE
  2. Isi maklumat yang dikehendaki dengan tepat dan KLIK SUBMIT
  3. Kemudian LOGIN dan anda boleh lihat senarai pekerjaan yang ditawarkan
MAKLUMAT LANJUT


Call Centre: 1800 88 4800
Email: strategicinitiatives@hrdf.com.my
Portal Rasmi: PENJANA HRDF
Facebook: HRDF Official
Instagram: @hrdf_official
Linked In: HRDF Malaysia
Twitter: @hrdf_official

Sumber - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa