- MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

May 06, 2020


PUTRAJAYA : Orang ramai diingatkan agar membuat aduan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) jika ada premis pajak gadai yang mengenakan kadar faedah lebih daripada dua peratus.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan premis tersebut adalah di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan. 

"Saya dimaklumkan pajak gadai ini boleh kenakan faedah tidak lebih dua peratus. Jadi kalau mengenakan faedah, mesti tidak lebih dari itu jadi ia dibenarkan.

"Namun kalau ada yang mengenakan lebih dari dua peratus, saya harap boleh laporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana pajak gadai adalah di bawah bidang kuasa mereka," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu. 

Premis pajak gadai ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, premis itu menjadi tumpuan orang ramai.

Sumber : Awani 

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa