Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB). - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

May 03, 2020

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB).


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB). Anda ingin memiliki rumah sendiri? Berikut adalah panduan buat anda golongan yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri . 

Untuk makluman , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumahBagi anda yang berkelayakan , anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB . 

MUKADIMAH

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia . Kini , SPNB diletakkan di bawah pengurusan atau seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula tahun 2018.

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan , petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumau atau tinggal di sebuah rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

CARA PERMOHONAN



Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk memaparkan syarat kelayakan , ciri perumahan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online

1. Untuk permohonan anda boleh dapatkan borang permohonan dengan melayari ke laman web http://spnb.com.my/
2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan .
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170

Penafian : Laman web Graduan Semasa tiada sebarang kaitan dengan pihak kerajaan atau Syarikat Perumahan Negara Berhad . Postingan ini hanya untuk informasi sahaja bagi memudahkan permohonan anda .


Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mesra Rakyat , sila layari ke laman web rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/ 

Semoga dengan adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat memiliki rumah idaman mereka sendiri .

*untuk lebih info tentang jawatan kosong , info semasa , bantuan kerajaan dan banyak lagi info menarik pastikan anda mengikuti chanel telegram : https://t.me/graduansemasa

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa