Isi Borang Temu Janji "Online" Sebelum Berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara. - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

May 14, 2020

Isi Borang Temu Janji "Online" Sebelum Berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika anda ingin berurusan di JPN Semasa PKPB, anda perlu melalkukan Temu Janji ‘Online’ terlebih dahulu, berikut kami kongsikan panduan dan caranya. Umum sudah mengetahui bahawa bermula PKPB ini, pejabat-pejabat kerajaan sudah pun memulakan operasi dan dibuka untuk pelanggan yang mempunyai urusan. Ini termasuklah pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Akan tetapi, urusan di JPN semasa musim PKPB ini dikhabarkan perlu melakukan temu janji terlebih dahulu sebelum anda berkunjung ke premis cawangan.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook, Siti Nuramirah. Menurut beliau, pegawai yang bertugas di JPN memberitahu bahawa sebarang urusan kini memerlukan pelanggan membuat temu janji terlebih dahulu secara atas talian. Berikut merupakan panduan ringkas untuk anda memohon temu janji seperti mana yang diajar oleh pegawai JPN kepada wanita ini.

Borang Temu Janji ‘Online’ JPN


Perkongsian ini telah mendapat 8.7 ribu ‘shares’ dan 2.3K tanda suka.

1. Layari pautan http://tiny.cc/temujanjijpn dan isi cawangan negeri serta bahagian cawangan JPN yang dikehendaki.


2. Isi maklumat asas seperti nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon, e-mel, dan cawangan JPN terdekat.


3. Tandakan urusan anda di JPN berdasarkan senarai urusan yang disediakan. Sahkan maklumat anda.


Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji ‘Online’, Ini Caranya

4. Itu sahaja. Maklum balas akan diberi dalam masa 3 hari bekerja.


Langkah yang diambil oleh JPN ini dilihat wajar memandangkan norma baharu perlu mengamalkan penjarakan sosial sejauh 1 meter. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengelakkan perkumpulan atau barisan menunggu yang panjang di JPN. Ini sudah tentu tidak menepati kriteria penjarakan sosial kerana premis cawangan adalah ruang bertutup.

Jadi, bagi anda yang mempunyai urusan penting seperti pendaftaran kelahiran, kematian, dan MyKad baru, boleh ikuti panduan di atas bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak. Kita jaga kita.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa