COVID-19: Individu gagal patuhi SOP tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

May 04, 2020

COVID-19: Individu gagal patuhi SOP tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam


KUALA LUMPUR: Pengguna pengangkutan awam di Malaysia dinasihatkan agar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) jika ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuklah saringan kesihatan, penggunaan topeng muka dan penjarakan sosial.

Selain itu beliau berkata, anggota penguatkuasa telah ditugaskan didalam gerabak kereta api bagi memantau pergerakan dan menasihati penumpang jika tidak mematuhi SOP ditetapkan.


"Mana-mana individu yang dikenal pasti gagal mematuhi SOP ini tidak akan dibenar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Setakat hari ini, saya boleh kata orang ramai mempamerkan perkembangan mengagumkan apabila kebanyakan mereka mempunyai tahap kesedaran tinggi dan mematuhi SOP ditetapkan.



"Kita akan sentiasa memantau keadaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengurangkan potensi jangkitan COVID-19," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ka Siong ditemani pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Nizam Alias turut meninjau pelaksanaan hari pertama PKPB di Stesyen MRT Bukit Bintang.

Mengenai bilangan penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api, beliau berkata, jumlahnya dijangka meningkat dari semasa ke semasa, bergantung kepada sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB.

"Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1, 2 serta 3 kita melihat penurunan mendadak sampai tahap lima peratus sahaja daripada jumlah penumpang yang ada pada hari biasa (sebelum PKP).

"Setakat hari ini, kita belum melihat penggunaan yang signifikan kerana masih banyak sektor yang belum beroperasi sepenuhnya dan setiap persediaan dibuat bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Sementara itu, Nizam berkata, waktu puncak penggunaan kereta api dipanjangkan sepanjang PKPB, iaitu bermula jam 7 hingga 11 pagi dan 4 petang hingga 7 malam dengan kekerapan antara tiga hingga empat minit, berbanding sebelum ini.

"Ini bagi membolehkan penumpang dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan kapasiti ditetapkan sepanjang PKPB, iaitu separuh berbanding kapasiti asal," katanya.
Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa