Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor RM250 atau RM500 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

May 02, 2020

Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor RM250 atau RM500


Bantuan ini adalah kepada penduduk yang menetap di negeri johor yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan. Hal ini disebabkan kerana kerajaan ingin meminta kerjasama rakyat untuk terus duduk di rumah dan memutuskan rantaian Covid-19 ini.


Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan Bantuan Tunai Ihsan kepada mereka yang layak. Bantuan ini adalah berjumlah RM250 atau RM500 disalurkan kepada rakyat yang BUKAN tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN). 

Bantuan ini meliputi golongan M40 dan juga individu yang bukan Warganegara Malaysia yang melepasi kriteria kelayakan. Bantuan ini adalah tanda prihatin kerajaan Negeri kepada setiap golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

PERMOHONAN BANTUAN IHSAN COVID-19 NEGERI JOHOR


Berikut merupakan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor RM250 atau RM500 untuk panduan anda.

Syarat kelayakan penerima Bantuan Ihsan Covid-19 Johor 
  • Orang perseorangan atau isi rumah yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri seperti BSH/BPN daripada Kerajaan Persekutuan dan bantuan berbentuk makanan atau wang tunai di peringkat kerajaan Negeri.
  • Pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah yang tercicir daripada menerima BPN/BSH
  • Individu bujang (bukan dalam tanggungan keluarga) isi rumah berumur 18 tahun ke atas
  • Penentuan kepada mereka yang layak menerima Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor tertakluk pada penilaian akhir oleh sistem e-IHSAN Johor di bawah kendalian Perbendaharaan Negeri Johor.
Kadar Bantuan 

RM250/RM500 : 
  • Pembayaran akan dilakukan oleh Pejabat Perbedaharaan Negeri Johor melalui Electronic Fund Transfer (EFT).
  • Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.
TATACARA & BORANG PERMOHONAN BANTUAN IHSAN COVID-19 JOHOR


  1. Wakil/Penyelaras pusat saluran yang akan mengenal pasti mereka yang berkelayakan ATAU mereka yang berkelayakan boleh menghubungi wakil/penyelaras pusat saluran di kawasan masing-masing.
  2. Wakil yang dilantik akan membantu orang perseorangan atau isi rumah yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
  3. TIADA permohonan secara dalam talian (Online)
  4. Permohonan akan ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik Covid-19 berakhir.
  5. Tiada borang diperlukan (Tetapi beberapa maklumat diperlukan untuk wakil pusat saluran membuat permohonan. (Borang yang tersebar adalah bagi kegunaan wakil sebagai panduan sahaja)


EJEN PUSAT SALURAN

Kerajaan Negeri Johor telah melantik Ketua Pusat Saluran untuk melantik Ejen Pusat Saluran bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan. Berikut adalah contoh ejen-ejen pusat saluran yang dilantik:



NOMBOR YANG BOLEH DIHUBUNGI SETIAP KAWASAN DUN



Untuk memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasaran, semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah melantik wakil/penyelaras bagi membantu mereka yang layak untuk membuat permohonan 


CARTA ALIRAN PROSEDUR PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan COVID-19 Negeri Johor.
  • 07 266 6766
  • ihsancovid19@johor.gov.my
  • Bilik i-Speak Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, 79100 Kota Iskandar Puteri, Johor.
  • e-ihsan Johor
Diharapkan perkongsian berkenaan Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor RM250 atau RM500 dapat memberikan manfaat kepada anda. Semoga permohonan anda berjaya dan diluluskan untuk mendapatkan bantuan.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa