Mengapa Permohonan BPN Saya Masih Berstatus "PERMOHONAN DITERIMA"? - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

April 23, 2020

Mengapa Permohonan BPN Saya Masih Berstatus "PERMOHONAN DITERIMA"?


Masih ramai yang tertunggu dan tertanya-tanya tentang status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang masih memaparkan "PERMOHONAN DITERIMA" sejak permohonan dibuat. Sebagai individu yang terjejas, pasti anda berasa gusar kerana sudah hampir sebulan permohonan dibuat tetapi statusnya masih sama.


Sila jangan risau, jika anda login ke laman web rasmi BPN dan dapati status anda masih "PERMOHONAN DITERIMA" itu bukan bermaksud anda tidak layak.

Untuk ketahui maksud disebalik status "PERMOHONAN DITERIMA", ikuti perkongsian dibawah. 



KENAPA STATUS MASIH "PERMOHONAN DITERIMA"?

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah dibuat kepada penerima yang layak mulai 6 April secara berperingkat.

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BPN B40 & M40, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my.

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa status permohonan menunjukkan “Permohonan Diterima” setelah beberapa hari permohonan baharu dibuat?



Merujuk kepada FAQ BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020, permohonan baharu dan rayuan akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup. 





Tarikh tutup permohonan BPN adalah 30 April, ini bermakna permohonan baharu dan rayuan hanya akan diproses selepas 30 April, maka status permohonan bagi permohonan baharu dan rayuan akan menunjukkan “Permohonan Diterima” pada masa sekarang.



Bagi mereka yang telah membuat permohonan baharu dan rayuan, bolehlah melayari Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional di https://bpn.hasil.gov.my untuk membuat semakan status terbaru selepas 30 April.


Sekiranya permohonan berjaya, maka bayaran BPN akan dibuat pada bulan Mei.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa