Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Tahun 2020/1441H - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

April 21, 2020

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Tahun 2020/1441H



Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Tahun 2020/1441h ?


Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun islam yang ke-3. Menerusi portal rasmi JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Pihak JAKIM telah menerbitkan jadual waktu Imsak serta waktu berbuka Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia di bulan Ramadhan untuk tahun 2020 (Masihi) bersamaan tahun 1441 (Hijrah). Takwin atau jadual ini membantu seluruh umat Islam di seluruh negeri di Malaysia untuk membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak sewaktu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak.

Bagi memudahkan urusan anda yang beragama Islam, Jabatan kemajuan Agama Islam malaysia ( JAKIM) telah berkongsi pengumuman jadual waktu imsak 2020 dan jadual waktu buka puasa 2020 di bulan Ramadhan untuk setiap negeri di Malaysia. Bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.



Pemberitahuan menyediakan artikel Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Tahun 2020/1441h untuk menjadi panduan kepada anda semua membuat rujukan.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020 JAKIM

Untuk pengetahuan, Di Malaysia umat islam akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1441H bersamaan 24 April 2020 hari Jumaat. Berikut kami kongsikan Jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak seluruh negeri Malaysia.Untuk pengetahuan anda juga, Jadual di bawah boleh di muat-turun dengan cara mengklik pada negeri pilihan anda yang tertera pada ruangan di bawah :

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI 2020


Pengertian Puasa

Puasa bermaksud menahan diri bermula dari terbit fajar sadiq sehinggalah terbenam matahari daripada makan, minum serta melakukan sesuatu yang boleh membatalkannya.

Rukun Puasa


Berikut merupakan Rukun puasa :
  1. Orang yang berpuasa.
  2. Berniat puasa.Contoh niat berpuasa, “Aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”. Menurut Mazhab Shafie sebaik-baiknya berniat ialah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Manakala menurut Imam Malik boleh berniat puasa sebulan bulan Ramadhan bagi tahun itu. Contoh niatnya ialah “Aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan tahun ini fardhu atasku kerana Allah Ta’ala”.
  3. Menahan diri daripada makan minum dan daripada melakukan sesuatu perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).
Kesimpulan Waktu Imsak Dan Berbuka 2020


Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Waktu Imsak dan Berbuka Puasa daripada JAKIM ini dapat membantu anda mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak mengikut kawasan tempat tinggal anda. Selamat menjalani ibadah puasa kami ucapkan. Kongsikan artikel ini kepada rakan dan keluarga anda supaya dapat sama – sama mengetahui waktu berbuka dan imsak. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa