Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion berkata seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk enam bulan berasaskan permohonan yang telah dibuat.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak
- Permohonan BSH 2020
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
PERMOHONAN
Klik pautan berwarna biru untuk maklumat lanjut
- Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN. Boleh semak di sini: Semak BSH
- Bagi yang tidak menerima BSH. Boleh bertanya kepada nombor ini: 082-440127 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri)
- Bagi mereka yang tiada akaun bank (seramai 23,000 penerima), bantuan akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan rumah anda. (Lihat senarai di sini: Senarai pejabat)
Bayaran dibuat pada: Fasa pertama: 15 hingga 30 April 2020, Fasa kedua: 15 hingga 30 Ogos 2020
1 Comments
Sya penerima BSH LULUS..FASA 1 2 DAN 3..Tp sya tidak menerima lagi Bantuan Sayangku Sarawak bulan 7..sya mnerima bulan 4 5 dan 6 sja..kenapa bantuan sya di berhentikan..??
ReplyDelete