Profesor AS Puji Malaysia Tangani Covid-19 Berbanding Negaranya - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

March 26, 2020

Profesor AS Puji Malaysia Tangani Covid-19 Berbanding Negaranya





Seorang profesor Washington University, St. Louis bernama Jason Hassenstab, baru baru ini melawat Malaysia, dan merasai Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.

Dan beliau sudah pun kembali semula ke Atlanta. Jason ternyata kecewa dengan cara kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani wabak, dan memuji Malaysia.

Menurut Jason Hassenstab, cara pihak berkuasa Malaysia dalam usaha membendung koronavirus adalah jauh lagi bagus daripada Amerika Syarikat.

Hassenstab menganggap perbezaan di antara Malaysia dan AS adalah ibarat langit dan bumi.

Ikuti luahan beliau.


Pengalaman di Malaysia



“Kami baru balik daripada satu trip yang hebat tetapi pada masa yang teruk ke Malaysia. Perjalanannya sangat hebat, sehinggalah kami terpaksa menukar flight kami lebih awal untuk pulang.”

“Saya tak akan membuatkan kamu bosan dengan cerita pengalaman malapetaka ‘delay’. Namun 2.5 hari kemudian, kami sampai juga di rumah, dan kesemua kami sihat. Tetapi kami sangat letih secara fizikal dan emosi.”


“Saya nak berkongsi perbezaan yang saya kenal pasti di antara negara bernama Malaysia dan AS.”

“Di Malaysia, kami pergi ke empat bandar termasuk Kuala Lumpur, Kota Kinabulu, Lahad Datu, dan Sandakan. ”

“Saya tak pernah memikirkan bahawa Malaysia adalah negara maju. Dan tahap kemiskinan yang kami lihat di kampung kampung, rasanya saya betul.”

Malaysia lawan Covid-19



“Namun bukti penguatkuasaan Malaysia menentang Covid-19 ada di mana mana walaupun korang sedang berada di dalam hutan, tempat kami tinggal.”

“Setiap hari, telefon kamu menerima mesej tentang social distancing. ID telco saya biasanya bertulis ATT atau Sprint, namun kali ini bertukar menjadi “Stay Home”.

“Di lapangan terbang Kuala Lumpur, mereka ada pengawal keselamatan yang menguatkuasakan distancing. ”

“Banner informasi dan juga panduan secara visual ada di mana mana, dicetak oleh Kementerian Kesihatan mereka.”


“Kerusi di lapangan terbang diletak pita pelekat untuk memastikan ada ruang kosong di antaranya.”

“Semua pekerja memakai topeng muka, sanitizer ada di setiap kaunter, di mesin cashier, dan di banyak stesen – di mana sahaja.”

“Kerajaan mereka konsisten dengan mesej: Sentiasa duduk di rumah, kekalkan jarak jauh, bersihkan tangan kamu.”

“Dan satu mengara mereka melakukannya.”

AS pula…


“Sebagai perbandingan, di lapangan terbang paling sibuk di dunia, di Atalanta, mungkin hanya 5% kastam ataupun pengawal sempadan yang bertugas memakai topeng muka ataupun sarung tangan.”

“Sanitizer memang tak ada kecuali di beberapa bilik air. Kedai dibuka seperti biasa. Orang bersesak sesak dalam barisan. Tiada seorang pun membantu mengutkuasakan peraturan spacing [jarak].”


“Mereka melihat kami sekeluarga, sambil menggelengkan kepala, kerana kami semua memakai topeng.”

“Dan sebelum kau nak cakap yang topeng muka tak efektif pun, sebenarnya kami pakai sebab nak mengelak, jika kami dijangkiti, kami akan menyentuh muka kami dengan kerap.”

“Kami berlepas dari Tokyo, ada penumpang yang 3 seat dari kami berterusan ada simptom demam, muntah, sakit badan dan memakai topeng muka. Dia meminta bantuan perubatan.”


The paramedics came with CDC personnel at the gate and attended to her. But the rest of the passengers went through customs like nothing had happened. Margaret and my boys and I were fever screened because we reported coming from Malaysia and Singapore, but that was it. 9/12
99% of people coming from international flights, including Tokyo, UK, and other EU countries passed through, including touching the fingerprint scanners, with no further screening or protection measures. 10/12





“Paramedik membantunya dengan mengeluarkannya daripada pesawat. Namun penumpang lain pula berkelakuan seolah olah tiada apa yang berlaku.”

“Magaret, anak lelaki saya, dan saya diimbas kerana kami dilaporkan datang dari Malaysia dan Singapura.”


“99% orang tiba adalah daripada penerbangan antarabangsa termasuk Tokyo, UK, dan negara Eropah lain pula dilepaskan begitu sahaja termasuk menyentuh fingerprint scanners, tanoa da screening ataupun perlindungan.”

“Saya mendapat tahu 5 orang dijangkiti, 3 orang adalah ahli perubatan. Ini bukan jenaka ataupun hoax. Orang akan mati pada skala besar jika langkah pencegahan yang serius tak diambil.”


I personally know 5 people who are infected, 3 of them are physicians. This is not a joke or a hoax, people are and will die on a MASSIVE scale unless extreme measures are taken. It is the best argument for a strong public health system and for strong federal response. 11/12
We need a clear and consistent message to truly , and it speaks volumes about our leadership that we need model our nationwide response after other countries like Malaysia. I hope everyone remembers this come November. 12/12




“Ini adalah hujah terbaik yang boleh kita buat untuk sistem kesihatan awam yang ampuh dan untuk respons kerajaan persekutuan yang kuat. ”

“Kita memerlukan mesej yang jelas dan konsisten untuk benar-benar flatten the curve, dan adalah soal kepimpinan kita – bahawa kita memerlukan model respon negara kita – di seluruh negara – sama seperti Malaysia.”


I personally know 5 people who are infected, 3 of them are physicians. This is not a joke or a hoax, people are and will die on a MASSIVE scale unless extreme measures are taken. It is the best argument for a strong public health system and for strong federal response. 11/12
We need a clear and consistent message to truly , and it speaks volumes about our leadership that we need model our nationwide response after other countries like Malaysia. I hope everyone remembers this come November. 12/12





“Saya harap semua orang mengingati perkara ini bermula pada bulan November.”

SUMBER ARTIKEL DARIPADA AXELLO.NET

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa