Pengeluaran Akaun 2 KWSP Sebanyak RM500 Sebulan Untuk Tempoh 12 Bulan Bermula 01 April 2020 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

March 25, 2020

Pengeluaran Akaun 2 KWSP Sebanyak RM500 Sebulan Untuk Tempoh 12 Bulan Bermula 01 April 2020



Dalam sidang media hari ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP kini boleh memohon pengeluaran Akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan maksimum.

Ini bertujuan meringankan beban akibat wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan




PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP RM500 SEBULAN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.


Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.


“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Berita Selanjutnya Akan Menyusul

2 comments:

  1. Cara nak isi borang online bantuan rm500 tu macam mane nak buat secara online

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak buat cara pengeluaran bantuan kwsp tu ...nak kena buat secara online kan esok 1april dah atau die secara auto masuk ke akaun please..

    ReplyDelete

Join Channel Telegram Graduan Semasa